Monday, July 18, 2011

Iman itu pada hati

| | 0 ulasan
"Sesungguhnya nabi s.a.w apabila keluar dari rumahnya , Baginda memandang ke langit sambil berkata; "Dengan nama Allah, Aku bertawakkal kepada mu, Ya Allah;aku memohon berlindung dengan engkau daripada tergelincir ataupun digelincirkan(daripada jalan kebenaran); tersesat atau disesatkan (daripada hidayah) melakukan kezaliman atau dizalimi, menjadi bodoh atau dibodohkan." Riwayat Abu Daud dan Tirmizi, daripada Ummu Salamah


Baru-baru ini, saya berpeluang menimba pengalaman belajar di sebuah universiti tempatan, (namun tidak lama kerana selang beberapa minggu saya ditawarkan untuk sambung pengajian di oversea) Universiti tempatan yang  saya maksudkan tidak asing lagi di bumi Malaysia ini. Semua pelajarnya adalah melayu/bumiputra. Disinilah anda dapat lihat bagaimana bangsa melayu dibentuk, dibina, dididik dan bagaimana juga sosial mereka. Dalam catatan ini bukanlah saya ingin mengambarkan sosialisme anak muda saya sendiri, kerana ia tidak perlu dijelaskan lagi malah jauh sekali untuk mengukur tahap pendidikan mereka.

Apa yang menarik sepanjang saya berada disana adalah sifat dahagakan ilmu , memang benar university adalah tempat mencari ilmu , namun untuk mendapatkan ilmu yang diberkati memerlukan kekuatan diri yang amat kental. Untuk makluman anda, disini tiada satu pun jurusan agama, yang ada hanyalah subjek asas agama. Mungkin itulah yang menjadi tarikan saya, didalam keadaan yang tidak terkawal, anda bebas melakukan apa sahaja, tiada siapa yang mahu mengawal dan memarahi anda. Saat itu lah keimanan benar-benar teruji, manusia yang sebenar kita dapat lihat, siapa yang ada ilmu berenang akan terus berenang, berjaya dia melawan rintangan kita tidak tahu, bagi mereka yang tiada ilmu berenang mungkin terus hanyut, tapi jika ada keinginan untuk berenang mungkin sampai penamatnya. Dalam suasana tidak terkawal ini saya melihat ada mutiara yang bakal bercaya didalam kegelapan. Orang kata jika ingin melihat masyarakat disuatu kampung lihatlah masjidnya. Masjid menjadi destinasi saya,saya terkesima apabila melihat anak muda yang pada fizikalnya jauh menunjukkan kejahatan, tetapi dibawah redha Allah, mereka ikhlas berdoa, penuh ikhlas, saya dapat lihat air jernih mengalir keluar pada mata mereka, hati ini benar-benar tersentuh. Walaupun mereka kurang didikan agama tetapi mereka mempunyai niat yang suci (malulah orang ada didikan agama, tetapi masih tidak mensyukuri nikmatnya), benarlah kata orang manusia itu bukan dinilai dari luaran tetapi dalamanya. Mereka benar -benar mencari rahmat Allah, tiada siapa yang memaksa mereka untuk sembahyang apatah lagi untuk kemasjid seperti yang saya ceritakan.



Wahai sahabat yang arif tentang agama, jika anda ditakdirkan berada didalam suasana sosial yang terlampau seperti itu, janganlah anda kesali,kerana rahmat Allah itu dimana-mana. Dampingi mereka yang memerlukan, sambutlah tangan meraka, ajari mereka, mereka benar-benar mencari rahmat Allah, keikhlasan mereka benar-benar terpancar, mereka sebenarnya terlalu dahagakan ilmu agama, ego itu lumrah manusia, jika anda mendapat kawan yang kurang baik, ia adalah rahmat untuk anda, satu peluang. Bagi pencari rahmat Allah janganlah malu bertanya, begitu juga peminjam ilmu Allah jangan malas memberi, kita adalah peminjam sahaja.

orang yang cerdik selalu ditanya,
orang yang kurang cerdik selalu bertanya...


0 ulasan:

 
Twitter Facebook Tumblr