Monday, July 18, 2011

Rantaian persahabatan itu...

| | 0 ulasan

PAGI. Pinar-pinar cahaya kenderaan yang lalu berlainan arah jelas tiada, yang ada hanyalah cahaya kesedihan, tempat yang jauh daripada kesesakan dunia, sunyi sepi. Burung-burung  acap kali berkicauan memecahkan kesunyian, sesekali angin menerjah masuk kedalam dewan terbuka itu, dewan itu memang panas, namun ungkapan panas itu mungkin tiada didalam kotak fikiran anak muda itu, jiwa mereka begitu kental, mereka bakal pergi jauh, jauh daripada kampung halaman mereka, bakal mencipta realiti daripada harapan yang dibina. Semangat mereka sangat kuat untuk mencari ilmu walaupun jauh dari negara, meninggalkan keluarga tercinta selama beberapa tahun. Bakal merubah lanskap dunia akan datang.

"kita bertemu kerana hati, kita berpisah kerana cita-cita", ungkap seorang gadis anggun di atas pentas, kata-katanya sungguh lembut, meresap masuk kejiwa setiap pendengarnya.

Gadis itu sedang membuat persembahan sajak terakhir sempena majlis penutup kursus bahasa itu.
Kesedihan jelas menyelubungi setiap yang ada disitu, Setiap orang menahan perasaan sendiri, pertemuan selama sebulan itu terpaksa dirampas dek haluan masing-masing. Katanya Mr-Caliph "bukan pertemuan disesali namun perpisahan disesali".


****

Perpisahan itu berlaku lagi, ini sudah masuk kali ke-4 perkataan 'Perpisahan ' menerjah dairi hidupku tanpa diundang. bermula dengan:-

MTAQ PC(SPM) > ITS> SAMT KKB(MUET/STAM )  > UiTM > Kursus Bahasa > xxxxxx

Semuanya berlaku dalam tahun 2011, tahun yang menarik sekali, menyingkap kembali perjalanan hidup pada tahun 2011 ini pasti pelbagai kenangan yang dicoretkan, pelbagai kawan yang dapat didalam penghijrahan ini, bermula daripada paling baik, tawaduuk, dan paling jahat.Itu semua adalah anugerah Allah, dan yang pasti pengalaman yang Allah berikan ini akan digunakan sebaik mungkin, pengalaman itu banyak mengajar kita, mematangkan kita, saya belajar bagaimana mengawal emosi, masa, kewangan dan macam-macam lagi yang berharga, pasti tiada didalam buku-itulah pengalaman. Jika anda diberi peluang, gunakan peluang itu sebaik mungkin kerana anda adalah orang yang bertuah. Buat sahabatku dan sesiapa pun yang mengenaliku,  anda adalah hadiah yang paling berharga, terima kasih kerana menyerikan dairi ziNo sTudio. 

 Dalam setiap perjalanan
kita merantai kisah
suka, duka, tangis, tawa
marah, gembira..
Semuanya berpadu dalam balutan
Persahabatan





*Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam -(al-An’aam:162)*

Perpisahan itu pasti.


0 ulasan:

 
Twitter Facebook Tumblr