Monday, August 15, 2011

Ketenangan

| | 0 ulasan









Peperiksaan ekonomi tadi benar-benar merungsingkan otak, mana tidaknya lain yang dibaca lain yang masuk, jawapanku sekadar memberi pendapat sendiri, mungkin salah dan mungkin betul, langsung tidak berharap, kekesalan perlu ditelan.

“Fuhh, nasib baik tidak ramai orang kat sini”, hatiku bermonolog.

Perpustakaan itu sunyi sepi, kerusinya lebih banyak daripada orang, tidak seperti ditingkat bawah yang dipenuhi ulat buku.  Aku sengaja mengambil tempat di tingkat paling atas, meja yang selalu aku hinggap, meja yang berdekatan dengan bilik kakitangan perpustakaan, di situ ada dinding kaca yang besar, dapat lihat bandar irbid terbentang luas. Ketenagan sepatutnya dapat dirasai, selalunya kepuasan akan dinikmati apabila melihat pemandangan dari tempat tinggi ini, tetapi tidak pada hari ini, tempat ini sunyi sepi, seolah-olah sudah memahami jiwaku.

Perpustakaan Universiti Yarmouk, tempat aku membawa diri, bukan berniat untuk membaca buku, jauh sekali membuat kajian, tetapi hanya sekadar meminjam suasana ketenangan di disini. Fikiranku masih kusut berfikir tentang exam ekonomi tadi. Mengambil masa bertafaquh diri, memikirkan kembali memori  ketika di sekolah menegah, selalu memegang watak pemerhati kepada kawan-kawan yang dapat menaiki pentas kejayaan, merenung diri, kadang kala bertanya sendiri, adakah diri akan terus menjadi pemerhati kejayaan orang, benar kah aku tidak layak untuk kecapi walau secebis kejayaan?

Asyik aku melayan diri, tiba-tiba datang seorang lelaki dewasa bersama dua orang budak kecik, mengambil tempat di sebelah mejaku. Melalui kad nama dibajunya , aku anggap dia kakitangan di sini, dia senyum padaku, kadang kala dia sibuk menyusun buku .

“aduh kacau betul lea, orang baru nak layan perasaan sorang-sorang”,  getus hatiku.

Tiba-tiba perasaanku terubat apabila melihat anak-anak kecil yang comel dan sangat aktif itu, mungkin ia anak lelaki tersebut. Mereka berdua sedang bermain kereta mainan. Aku tidak tahu kenapa lelaki ini membawa anak kecil yang aktif ke sini, mungkin disebabkan kawasan aku ini kurang orang.

“Pak Long nak tahu, ini kali pertama ijam dapat kerata mainan yang besar, seronok sangat Pak Long, terima kasih Pak Long”, kata salah seorang kana-kanak itu.


Pakcik itu hanya tersenyum. Seronok betul kanak-kanak itu. Aku pun seronok melihat mereka pada awalnya. Mereka tersangatlah aktif. Tak duduk diam. Tiba-tiba mereka berlari-lari bagai berada di dunia sendiri. Riuh. Sangat riuh dibuatnya hingga terganggu ketenteraman aku. Suara mereka yang bergelak ketawa menghilangkan kedamaian yang diperlukan oleh jasadku yang tadi. Gelagat mereka yang berlari ke sana ke sini tiba – tiba menimbulkan rasa jelik dalam diriku. Tanda protes diri aku yang inginkan ketenangan. Baru sahaja diriku ingin tenang, akhirnya telah hilang pula dek kerana kerenah budak-budak itu. 


Ish budak-budak ni kang, aku dah la tension. Baru je aku nak rasa aman sikit, diorang ni memekak pula, aiyoyo” ngomelku sendirian.



Ah, aku dah tak tahan ni, baik aku suruh pakcik ni suruh budak-budak ni diam,” tak tahan lagi menahan gelagat budak – budak itu. 

Assalamualaikum pakcik,” Sapaku.



Waalaikumussalam,” pakcik itu tersenyum simpul. 

Pakcik, bolehkah minta pak cik suruh mereka agar diam sikit? Mereka terlalu bisinglah pakcik, rasanya pakcik juga perasan kan?” aku menyatakan permintaanku sesopan yang boleh walaupun dalam hati rasa nak marah je budak – budak tu.



Hmm, pakcik mengerti perasaan anak ini, tapi pakcik tak tahu bagaimana ingin memaklumkan kepada mereka, pakcik rasa serba salah bagi menghilangkan kegembiraan yang sedang mereka nikmati ini. Minta maaf ye nak 

Eh pakcik ni, ada kea cakap macam tu, faham perasaan aku, tapi cakap serba salah, pandai pula pak cik ni nak bermain kata dengan aku, nasib la pak cik ni lagi tua dari aku,” bebel ku dalam hati 


Kemudian, dengan nada yang sungguh sayu, pakcik itu menyambung lagi, 



Sebenarnya nak, pakcik baru sahaja pulang daripada menjemput mereka dari rumah mereka, ibu dan bapa mereka telah terlibat dalam kemalangan siang tadi dan telah selamat dikebumikan, mereka masih tidak tahu mengenai kedua orang tua mereka itu, pakcik tidak tahu bagaimana ingin beritahu mereka. Kasihan mereka nak. Pakcik tak dapat bayangkan kalau pakcik di tempat mereka

gulpppp..tersentak aku mendengar kata-kata pakcik itu. 

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Maaf ya pakcik. maaf sangat- sangat. Saya tidak tahu. Salam takziah”, spontan lidah ku memberi respon.



Tak mengapa nak, pakcik tahu kamu tidak tahu.” Balas pakcik itu.

Kasihan sungguh pada kanak-kanak itu. Mereka kehilangan kedua orang tua mereka pada usia yang sungguh muda. Perasaanku yang seketika tadi tidak senang dengan kerenah mereka, akhirnya bertukar menjadi perasaan simpati di dalam hati. Rasa bersalah menusuk dada ini. Seketika sahaja, perasaanku berubah. Peristiwa ini benar – benar memberi kesan yang amat mendalam dalam hatiku. Ego betul diri aku. Aku selalu sahaja ingin manusia lain memahami keadaan aku, tapi aku langsung tidak cuba untuk memahami situasi orang lain. 

Mohd Farhan, Kalau ingin dihargai, belajarlah untuk menghargai. kalau ingin difahami, belajarlah untuk memahami. Kalau ingin disayangi, belajarlah untuk menyayangi” , tiba – tiba nasihat ibu terngiang – ngiang di telinga. Mendalam maknanya.


Peristiwa ini akan ku ingat sampai bila – bila..





*Cerita diatas rekaan semata-mata, tiada kaitan dengan penulis.

0 ulasan:

 
Twitter Facebook Tumblr