Tuesday, August 23, 2011

Rebranding : Hunt'studio is now hunsolution !!!

| | 0 ulasan

Rebranding, apa tu rebranding? rebranding adalah penjenamaan semula ataupun perubahan nama, Hari ini saya telah melakukan Penjenamaan semula daripada Hunt'studio kepada HUNsolution, daripada menesuri metefora kehidupan kepada mencipta metefora kehidupan, InsyaAllah HUN akan memberi solution yang terbaik mengikut kefahaman HUN yang sedang merangkak dewesa, namun mengamalkan apa yang ditulis di sepanjang blog ini tanpa merujuk kepada Dalil dari Al-Quran dan Al-Hadith yang semakna atau hampir semakna dengannya, bukanlah tindakan yang bijak dan amat merbahaya kepada bot-bot kecil. Silalah bertindak dengan bijak kerana HUN hanyalah sekadar memberi pendapat kepada diri sendiri. 

Berbalik kepada rebranding, ada banyak sebab terhasilnya rebranding, mungkin juga rombakan pengurusan, .… contoh ubat gigi “DARKIE” jadi “DARLIE” sebab mereka katakan DARKIE tu gelap… sedangkan ubat gigi nak cerah  so, ubahkan namanya...


ubat gigi DARKIE… yang kemudiannya jadi DARLIE

Adakalanya juga pertukaran nama akibat copyright. Di mana, bila satu syarikat guna nama yang syarikat lain guna, dan kalah dalam mahkamah. Contoh ketara ingat tak Wrestling WWF menjadi WWE kini. Sebab World Wildlife Foundation (WWF) menang dalam court,

Begitu juga dengan saya, tapi tidak lah sampai masuk makhamah, Brand Hunt'studio telah didaftar dahulu oleh sebuah syarikat yang berpangkalan di LA, United States. Lalu memaksa saya untuk berubah, adakalanya baik juga kita berubah, untuk maju ke hadapan, sama seperti kehidupan kita. Sebenarnya perasaan kita yang ingin berubah dari masa ke semasa itu adalah suatu anugerah yang indah. Kita diberi peluang oleh Allah untuk merasai perasaan ingin menjadi lebih baik dan mengubah hidup ke arah kesempurnaan. Saidina Ali RA pernah berpesan:

Celakalah sesiapa yang hari ini lebih buruk dari kelmarin, dan esok lebih buruk dari hari ini.
Berbeza dengan sesetengah orang yang merasakan dirinya sudah begitu baik dan begitu selesa dengan kehidupan harian mereka. Saya sendiri pernah berjumpa dengan orang seperti ini. Kata mereka:
“Tidak guna bekerja kuat, tidak guna berusaha lebih dan tidak guna mengejar itu ini. Jika Allah telah menetapkan rezeki kita sebanyak 1 cupak nasi sehari, maka ia tidak akan berubah.”

Kenyataan mereka ini sebenarnya bertentangan dengan firman Allah:
Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan menjauhi segala laranganNya dan menjauhi segala laranganNya), nescaya Allah akan mengandakan baginya jalan keluar (dari segala yang menyusahkannya), serta memberi rezeki dari jalan yang tidak terlintas dihatinya. Dan (ingatlah!) sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkanya).
Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya setiap sesuatu.
Surah At Talaq, 65: 2-3
Firman ini jelas menyatakan kita harus berusaha bagi mengubah nasib diri. Namun usahlah ia disalah tafsirkan bahawa nasib yang perlu diubah itu hanya berkaitan dengan akhirat atau dunia sahaja. Sebaliknya ia merangkumi kedua-dua aspek tersebut.





Mahu berubah bukan bermaksud kita tidak bersyukur. Tetapi ia adalah satu usaha untuk meningkatkan taraf hidup. Dari dulu hingga kini, umat islam lebih-lebih lagi bangsa Melayu jauh ketinggalan kebelakang dalam segenap hal. Keadaan ini telah menyebabkan kita lemah dan sering bergantung kepada orang lain. Inikah yang Islam terapkan ke dalam diri kita? Tidak! Salah sama sekali!

Islam mengajar kita bahawa tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima. Namun apa yang kita pilih? Kita lebih cenderung memilih untuk menerima. Meskipun tidak salah tetapi di mana maruah kita? Mungkin persoalan maruah bukan isu yang tepat. Tetapi cuba kita perhatikan anak-anak muda kita sekarang, ramai yang merempat dan ke hulu ke hilir mencari pekerjaan.

Salahkah mereka untuk tidak diberi peluang? Pada pandangan saya tidak, tetapi salah kita sendiri yang tidak membuka peluang. Kita lebih mementingkan diri, bila cukup makan kita, cukup makan anak isteri kita, selesa kehidupan harian kita, kita terlupa saudara seagama dan insan-insan yang memerlukan.

Kita hidup di dunia bukan sekadar menghambakan diri kepada Allah dan melengkapi keperluan harian tetapi Allah mengutuskan kita untuk menjadi khalifah. Walau tidak sehebat dan seberjaya insan lain, berubahlah..berubahlah ke arah yang lebih baik. Kerana perubahan kita bukan untuk manfaat kita seorang, tetapi untuk memanyungi manfaat insan sejagat.




Jika tidak mampu melindungi hutan, sekurang-kurangnya lindungilah sebiji tunas.

0 ulasan:

 
Twitter Facebook Tumblr