Saturday, October 1, 2011

Irbid mendung seketika

| | 0 ulasan



Langit Irbid kegelapan, mendung seribu bahasa, warnanya gelap tiada kata yang terungkap, sunyi sepi, tidak seperti hari-hari lain, elektrik pula terputus secara tiba-tiba, seluruh bandar hijazi di dearah irbid kegelapan. 

Malam itu , semua masyarakat melayu Irbid meratapi pemergian seorang insan yang bercita-cita tinggi ingin menjadi doktor, berharap bila besar nanti dapat menyelamatkan ratusan nyawa manusia, berpuluh-puluh ribu kilometer dia pergi meneroka ilmu ilahi, dari Malaysia tempat dia dilahirkan dia terbang ke Irbid, dari sekolah Maktab tentera dia melanjutkan pelajaran mendalami ilmu perubatan di bumi Jordan .

Tanah Jordan telah terukir bagaimana dia berusaha untuk mencapai cita-citanya ingin menjadi doktor, biar apa halangan sekalipun, dia tetap berusaha ,agar suatu hari nanti dia dapat merawat kesakitan manusia yang parah, sama ada kesakitan luaran mahupun kesakitan dalaman.


Namun, siapa berani mengatakan hari esok milik dia? Dikala dia sedang berjuang menimba ilmu untuk menyelamatkan nyawa orang lain, dia juga berjuang dengan nyawanya sendiri, tabah dalam perjuangannya, cukup kuat berjuang dengan nyawanya dibumi orang, masih mampu memberi senyuman kepada sahabat yang datang melawat dihospital, tiada kata yang dilafazkannya , kerana dia tahu setiap detik yang berlalu itu sangat berharga , hanya senyuman yang cukup bermakna dia mampu beri untuk diingati.

Ketika dia terlantar di ruang kecil King Abdullah University Hospital itu, sahabat-sahabatnya di luar berusaha membantu, mencari ikhtiar untuk menyembuhkan penyakit yang dialaminya, doktor kata dia memerlukan darah jenis O+ milik arab jordan, sahabat-sahabatnya berusaha mencari penderma darah,  di dalam facebook dihebahkan kepada kawan-kawan arab, pihak Education Malaysian Jordan dan pentadbiran universiti juga cuba membantunya.

Hasilnya, ramai masyarakat arab yang ingin menghulurkan bantuan kepadanya, mereka sanggup menawarkan diri untuk menderma darah, tiada langsung pertikaian bangsa, semuanya bersaudara, mereka terlalu menghormati tetamu dataran syam ini.

Namun, ketetapan ilahi tidak pernah sekalipun mengenal masa, mana mungkin awal mahupun lewat seminit, dia tidak dapat lari, tuhan benar-benar sayang kepadanya, leukemia menjadi senjata yang terlalu kuat untuk dia tempuhi, tidak mampu dia melawan takdir ilahi. Ibu bapanya tiba dibumi jordan pada hari-hari terakhirnya dan pada hari sabtu itu dia kembali menghadap ilahi.

Alhamdulillah,sempat juga ibu bapanya berkongsi detik-detik terakhir bersama anaknya yang bercita-cita murni itu, semoga cita-citanya ingin membantu manusia itu mendapat rahmat dari ilahi dan rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beramal soleh.

Al-Fatihah kepada  Allayarham 
Mohd Ilham Ellani Bin Jamal yang telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 3.15 petang tadi [waktu Jordan ] 3 Disember 2011 disebabkan Acute Myelogenous Leukemia . Beliau merupakan pelajar tahun3 Perubatan di Jordan Universiti  Science and Technology,Irbid.

“Pulanglah kepadanya dan khabarkan sesungguhnya Allah berhak mengambil dan memberi kepunyaanNya, setiap perkara sudah ada ajalnya disisi Allah, maka suruhlah dia bersabar dan mengharap ganjaran kepada Allah”.(Riwayat Bukhari dan Muslim)




0 ulasan:

 
Twitter Facebook Tumblr