Wednesday, October 26, 2011

Qalam.

| | 0 ulasan
“Tuhan banyak bersumpah dengan benda-benda besar di dalam al-quran seperti Demi Matahari, demi Bulan, demi Masa dan pelbagai lagi, tetapi ada satu benda yang bagi kita kecil tetapi tuhan bersumpah iaitu qalam, pena ataupun (pen)”  kata Ustaz Fariz Ravi sebagai menutup forum mahasiswa jordan di Universiti Yarmouk, Irbid pada 13 Okt 2011.

Ustaz Mohd. Farid Ravi Abdul­lah adalah saudara baru per­tama dilantik sebagai hakim Majlis Tilawah al-Quran Ke­bangsaan ke-51 yang lalu. Beliau  yang dulunya dikenali sebagai Jasiah Ravi A/L Jacob telah memeluk Is­lam pada 20hb November 1989.  Be­liau juga sering muncul dalam pelbagai program mengenai ehwal Islam yang di­siarkan oleh stesen televisyen tempatan. Melanjutkan pengajian sehingga peringkat Sarjana dalam pengkhususan Ilmu Tafsir di Universiti Kebangsaan Ma­laysia dan Sekarang merupakan Calon PhD di Jordan Of University.

Saya tertarik dengan perjalanan hidup Ustaz Farid Ravi, sesungguhnya saya hanya mampu mengatakan tuhan menyayangi dia, dia seorang yang terpilih. Ok, berbalik kepada tajuk, Qalam.

“Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis” Surat Al-Qalam ;ayat 1

Otak saya ligat berfikir apa kelebihan “Qalamun” ataupun pen sehingga Allah s.w.t  bersumpah di dalam quran. Sebelum saya pergi jauh suka saya ingatkan saya bukan ulama’ mahupun ustaz untuk mentafsir ayat-ayat Allah, dan anda jangan sesekali menggunakan kata-kata saya sebagai hujah, saya hanyalah sahabat anda, sekadar berkongsi bersama anda.

Setiap hari kebanyakan dari kita tidak sah jika tidak berjumpa dengan pen, sama ada kita sedari ataupun tidak, sama ada kita inginkan ataupun tidak, sama ada sengaja ataupun tidak. Memang kebanyakkan kita akan jumpa. Tidak boleh dinafikan, tetapi pernahkanh kita terfikir apa yang ada pada sebatang pen, bagi saya banyak motivasi yang terlindung di sebalik sebatang pen.

***

1. Kita boleh corakkan kehidupan yang kita inginkan dengan pelbagai kejayaan. Seandainya hari ini kita seorang doktor, arkitek, peguam mahupun Perdana Menteri, kita perlu ingat bahawa ada yang mengawal kita,iaitu Allah S.W.T, tanpan izin-Nya siapalah kita. Begitu juga sebatang pen, mampu mencorakkan segala jenis keindahan di atas kertas, sekalipun tulisan itu mampu mengubah dunia ,tanpa kawalan seseorang, siapalah sebatang pen,  Pen itu dikawal.- maka hidup kita juga dikawal , oleh yang maha Esa.

2. Setiap manusia pasti pernah menempuhi kesusahan, Ketika saat itu hadir dalam hidup kita,perasaan derita sukar diungkap, hanya dia yang tahu , selalu bertanya di mana salah kita, kenapa kita diuji seberat ini. Begitu juga sahabat pen yang mempunyai tugas yang sama, iaitu pensel, ketika ia tumpul, ia diasah , derita ketika badannya diraut hanya si dia sahaja yang tahu, sukar diungkap, selalu bertanya di mana salah ia, kenapa ia diuji seberat ini, tetapi dia mengetahui tuhan tidak menzalimi makhluq-Nya, dia berkorban untuk dunia. Janganlah sekali-kali kita takut dengan cabaran, mesti berani untuk menempuh segala cabaran.

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." 
(Surah Al-Baqarah ayat 286)

3. Kesilapan adalah fitrah kehidupan, orang yang berjaya adalah orang yang belajar dari kesilapan dan bangkit dari kegagalan, ketika kita tersilap langkah kita perlu cepat-cepat kembali kepadanya, janganlah kita merasa hina ketika meminta maaf, ia merupakan sesuatu perkara yang amat mulia di sisi Allah, mesti kita pegang itu. Pen itu juga akan menghasilkan tulisan yang salah, namun ia boleh dipadam menggunakan liquid paper,  walaupun ia masih lagi berbekas  sekurang-kurangnya ia sudi mengakui dan membetulkan kesalahan ia.

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Surah AzZumar. Ayat 053.


4. Setiap dari kita dianugerahkan dengan seketul hati, jika hati kita kotor maka ia juga akan mempengaruhi perbuatan kita, bersihkanlah hati kita dengan sentiasa mengigati kepada pencipta kita, terletaknya hati itu didalam, keindahan dalaman itu lebih penting daripada luaran. Kita juga sedia maklum tanpa dakwat pen di dalamnya tiada guna sebatang pen yang cantik sekalipun. Rosaknya didalam, diluarnya juga akan rosak. Yang dalam itu lebih penting daripada luarannya.

"Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan."
(Surah al-Baqarah ayat 74)

Kesimpulannya.
setiap ciptaan tuhan itu pasti ada hikmahnya, berfikirlah kita sebagai insan yang dikurniakan pemikiran, hidup ini lebih bererti jika kita ketahui apa yang tuhan kurniakan kepada kita.
semoga setiap kali kita berjumpa dengan pen, kita tahu tugas ia sama dengan kita, hamba kepada pencipta,lantas mengingatkan kita kepada ilahi.

. . .

dan bertanggungjawablah dengan setiap apa yang kita tulis kerana tuhan juga bersaksi dengannya.
 “Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis” Surat Al-Qalam ;ayat 1





0 ulasan:

 
Twitter Facebook Tumblr