Saturday, October 8, 2011

Nada Akhir

| | 0 ulasan



Termenung sendirian, sambil melihat hiasan gambar yang tergantung didinding bilik, gambar itu sedang berbica tentang musim bunga, deretan pokok-pokok yang berwarna lavender ditepi tasik biru, mekar dibawah cahaya matahari, membentuk sebuah laluan yang indah ditengah-tengah jalan kehidupan, cantik, menarik dan tenang jika dilihat dengan mata hati, sakura. 

Laluan kehidupan adalah indah, mungkin itu yang ingin dikatakan jika ia diberi peluang untuk berkata-kata. Dia hanya sekeping gambar yang tergantung didinding bilik, sudah lama ia tergantung disitu, dan saya pasti banyak mata yang melihat kehidupan dia didinding itu, namun sahingga hari ini saya tidak pasti berapa banyak faedah yang diperolehi oleh mata-mata yang memandang lukisan itu.

***
Ini adalah entri muhasabah untuk diri 2011 saya, agak peribadi , harap tidak bosan kepada yang sudi membacanya.

Hari ini hari terakhir bagi tahun 2011,  tahun yang banyak mengajar saya tentang kehidupan, sedikit sebanyak membuka mata tentang dunia, 5 tahun dahulu kehidupan saya hanya di bumi sekolah menengah, diasrama sekolah terasa sungguh terjerat, memikirkan masa kebebasan dunia remaja untuk dinikmati, disekolah pula kefaham saya tentang kehidupan adalah perjuangan bersama buku semata-mata ingin memiliki keputusan yang cemerlang didalam peperiksaan, kefahaman saya tentang kehidupan adalah kecil, sekecil bilik darjah. Itulah cerita sebelum 2011, dunia sekolah menengah, dunia remaja, tiada langsung soalan untuk apa saya hidup, apa yang terjadi kalau saya tidak ada, pentingkah saya dalam dunia ini, tidak ada. Jika ada sekalipun, ia hanya sekadar singgah dikotak fikiran saya sahaja dan akan pergi sunyi tanpa jawapan.

2011 membuka sinar baru dalam kehidupan saya, bersyukur kehadrat ilahi kerana membenarkan diri kerdil ini mengembara di bumi-Nya. Sejujurnya saya kataka 2011 bukan tahun yang saya belajar di ruang kecil kelas walaupun saya masih berada didalamnya, tetapi saya banyak belajar tentang kehidupan, makna kehidupan, saya banyak berpindah tempat belajar, kelantan selangor perlis dan jordan antara bumi ilahi yang sempat saya singgah dan perhati, ia banyak mengajar saya, ia bukan sekadar teori didalam kelas, ia adalah subjek tentang warna warni kehidupan, jarang guru yang ajarnya didalam kelas.

Selepas habis meneroka dibumi kelantan, saya memulakan kehidupan 2011 di sebuah sekolah agama diselangor untuk peperiksaan STAM, sekolah ini bertuah kerana ada ramai cikgu yang memahami kehidupan pelajar, antara guru yang saya suka walaupun saya tidak suka pelajarannya adalah guru MUET, dia selalu suruh pelajar buat perkara spontan di  kelas, speech, talk, exam, teka-teki dan macam-macam perkara yang menarik,cara dia menyampaikan sangat menarik, antara ayat yang saya suka dengar daripadanya adalah "ramai orang yang ada banyak ilmu, ada idea yang mampu merubah dunia tetapi tidak ramai yang pandai menyampaikannya" kata-kata nya ini membuatkan saya tercari-cari bagaimana ingin menjadi penyampai yang baik, saya cuba meneroka kata-katanya ini, kerana dahulunya saya seorang yang pendiam, mempunyai masalah tentang komunikasi dan saya juga pernah terdengar satu hadis Rasulullah Saw yang berbunyi , “Sampaikanlah dari ku walaupun hanya satu ayat.” Hadis Riwayat Ahmad, Bukhari, Tarmidzi.  Saya tidak akan memberikan jawapan kepada anda tetapi saya ingin anda sendiri meneroka persoalan ini.

kehidupan kita memang tidak dapat lari daripada menyampaikan ilmu, setiap ilmu yang tuhan berikan kepada kita bukan sia-sia, ia adalah pinjaman dan tanggungjawab, tuhan memberikan kepada kita untuk kita menyampaikan kepada orang lain, kita akan ditanya kelak untuk apa tuhan berikan kemahiran dalam sesuatu bidang.

Sambung cerita cikgu tadi, didalam kelas, selalunya pelajar akan kata " tidak reti " jika ada kerja yang diberikan walaupun tidak cuba lagi membuatnya, sambil tersenyum cikgu saya akan balas.

" time ini lah kamu kena belajar kalau tak reti" saya suka kata-kata cikgu ini, 

ketika saya tidak tahu sesuatu saya akan ingat balik kata-kata itu,
jika saya tidak reti memasak saya akan kata kepada diri "time ini lah aku kena belajar", 
jika komputer saya rosak dan saya tidak reti membaikinya, saya akan kata  "time ini lah aku kena belajar",
jika saya lemah bahasa arab/bahasa inggeris di jordan saya akan kata  "time ini lah aku kena belajar", 
jika saya tengok kawan-kawan yang lain lebih bijak dari saya , saya akan kata pada diri  "time ini lah aku kena belajar",
jika saya tak faham tentan masalah kehidupan saya akan kata pada diri saya "time ini lah aku kena belajar",
 kata-kata cikgu ini merupakan langkah pertama saya untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Cikgu yang saya ceritakan ini namanya Hisyam, orang panggilnya Sir Hisyam, antara pekerjaan yang orang kata  "tidak best" adalah tulis journal, tak suka sebab kena update tiap-tiap hari, journal ini macam dairi tetapi lebih kepada perkongsian umum dan mesti tulis dalam bahasa english, cikgu suruh tulis journal dalam bahasa english tiap-tiap hari untuk pemantapan bahasa english, saya selalu tulis journal, walaupun tidak pernah hantar dan hasilnya saya menulis journal di blog HUNsolution sekarang. Bagi saya ia satu perkara yang best bukan sekadar pemantapan bahasa english ,ia lebih daripada itu ,ia mengajar saya supaya menulis journal tentang diri kita, supaya muhasabah diri setiap hari, tulis  apa yang kita dapat pelajari setiap hari, apa yang kita dapat beri kepada orang lain setiap hari, ia ajar saya bahawa kehidupan yang diciptakan ini bukan milik kita, kita hanya meminjam kehidupan dari ilahi, kehidupan ini perlu dikongsi kebaikannya.

Itu cerita di selangor, ini pula cerita di UiTM perlis, tidak ramai yang mengiakan ketika saya mula-mula katakan bahawa saya ingin memasuki UiTM, kerana saya tahu ia jauh dengan kehidupan asal saya, saya membesar didunia hafiz al-quran selama 5tahun di kelantan, sekolah yang semua lelaki tiada perempuan hatta guru sekalipun lelaki, daripada pergaulan sehingga makanan ringan dijaga, setelah lama saya membina dunia begitu dan sekarang saya ingin terjun didalam dunia yang langsung tiada kawalan memang sesuatu yang sukar diterima, saya boleh katakan ia bukan sekadar menjual emas tetapi ia adalah membuang emas, untuk melawan ombak bukan sesuatu yang senang, apatah lagi ombak yang besar, titanic yang besar itu pun boleh hancur, apatah lagi sekeping diri yang rapuh ini, tiada siapa yang boleh jamin kehidupan saya dimasa akan datang, kecuali doa ibubapa, guru-guru dan kawan-kawan saya yang boleh membantu saya, ia memang sukar.

Saya nak jadi manusia yang ada perasaan, saya tak nak jadi seorang yang berjaya tetapi tiada perasaan malu dengan maruah. Tidak malu melakukan kesalahan, tidak mengenal diri. Bukan kejayaan dunia yang saya kejar dan tidak bermaksud saya terlalu kejar akhirat sehingga tidak nampak dunia sedangkan dunia adalah jalan untuk sampai akhirat, namun saya percaya apabila kita berikan yang terbaik kepada pencipta kehidupan kita, maka pencipta kehidupan kita juga akan memberikan yang terbaik untuk kita, insyaAllah kejayaan akan dipermudahkan kepada kita jika kita usaha, tuhan itu tidak zalim, dia adalah sebaik-baik pencipta.

Saya bersyukur kerana Allah hantar saya untuk mengenali dunia UiTM walaupun sebentar, saya juga bersyukur kerana tuhan jaga saya, tuhan kenalkan saya dengan kawan-kawan yang sebaya dengan saya, apa yang mereka lakukan, kehidupan mereka bagaimana, tuhan fahamkan saya apa yang kawan-kawan saya faham tentang kehidupan, tuhan tunjukkan saya apa yang kawan sebaya dengan saya inginkan dalam kehidupan mereka, apa yang mereka kejar dalam hidup, benar mereka bukan insan yang lahirnya adalah luar biasa, tetapi  mereka lahir untuk menjadi luar biasa, saya sangat kagum dengan kawan saya yang mampu menjaga tanggungjawab mereka dengan ilahi walaupun mereka dalam keadaan tidak terkawal, sungguh mereka faham apa yang mereka belajar di kelas agama, dikuliah - kuliah masjid,setiap ilmu agama yang mereka dapat meraka akan faham dan akan amalkannya terus sebab itu mereka menjaga amalan mereka walaupun dunia mereka sangat berebeza dengan sekeliling, mereka belajar untuk kehidupan yang sebenar bukan untuk peperiksaan. 

Namun, saya tidak nafikan ramai kawan-kawan yang sebaya dengan saya, sama bangsa dengan saya, sama agama dengan saya hanyut ditelan masalah moral kehidupan, saya tidak nafikan, dan saya bersyukur kerana tuhan tunjukkan saya dengan mereka, tuhan kenalkan saya dengan mereka, tuhan beri saya waktu untuk memahami mereka, saya tahu tuhan sedang berbicara dengan saya bahawa orang agamawan itu bukan sahaja tempatnya di masjid, bukan sahaja mengajar orang yang sudah baik, tetapi mengajar orang untuk menjadi baik, perlu memahami keperluan jiwa seorang anak muda. Perlu menjadi kawan kepada mereka, bukan menjadi musuh kepada mereka. Andai  kata suatu hari nanti saya berpeluang untuk berada di dunia seperti UiTM , saya pasti akan gunakannya dengan sebaiknya, kerana saya sangat sayang kawan-kawan yang satu bangsa agama dengan saya.

Saya juga tidak akan lupakan pensyarah computer saya, En. Jiwa Norish yang banyak memberi kesedaran kehidupan kepada saya, saya pernah dimarah oleh beliau ketika saya lalai dalam permainan dunia di Universiti, dia tegur saya dihadapan kawan-kawan saya, teguran itu benar-benar mengetuk dinding hidup saya, sekalipun ia telah lama berlalu, ia bukan senang untuk hilang, lubang didinding kehidapan saya itu pernah ditebuk dan ia berbekas sehingga kini, sekarang sudah tiada siapa yang akan tegur saya jika saya lalai, hanya lubang yang berbekas itulah yang menjadi teguran kepada saya jika saya lalai lagi dalam permainan kehidupan ini, teguran beliau akan selalu terungkap di kepala saya, saya berterima kasih kepada beliau kerana memberi teguran yang sangat kejam untuk saya lupakan walaupun saya sempat belajar dengar beliau satu bulan sahaja, ia merupakan hadiah yang paling bermakna dalam hidup, saya tidak akan lupakannya, beliau juga ajar saya bahawa setiap masalah komputer itu ada penyelesainnya, begitu juga masalah kehidupan, ada penyelesaiannya, dia sayang saya, sayang anak bangsa dia.

4 bulan sudah saya berada di bumi jordan, penerokaan saya di bumi barokah ini baru sahaja bermula, selepas saya tinggalkan UiTM saya meneroka pula bumi jordan, dan saya pasti terlalu banyak saya perlu belajar untuk kawa-kawan di tanah air saya, doakan semoga saya menjadi orang yang layak untuk menjaga kawan-kawan satu agama dan bangsa saya, doakan juga saya tidak termasuk daripada golongan orang yang munafik
***
saya tidak ingin menjadi seperti gambar hiasan yang tergantung kemas didinding rumah itu, hanya sekadar gambar yang cantik, indah pada dirinnya sendiri, berjaya didalam kehidupan tetapi tidak dapat memberi manfaat kepada orang lain, tuhan bukan ciptakan saya untuk menjadi hiasa di dunia ini, bukan untuk menjadi orang yang biasa tetapi orang yang mampu memberi manfaat kepada dunia ilahi.

saya sayang bangsa, agama dan negara saya.
semoga 2012 tahun yang terbaik dalam kehidupan saya nanti.

0 ulasan:

 
Twitter Facebook Tumblr