Saturday, December 3, 2011

Kebuntuan.

| | 1 ulasan





"Aku down lea, aku tak tau nak buat apa, rasa hidup gelap jea kat depan ni, kalau boleh nak patah balik, serius tak tau nak buat apa..."


Acap kali saya diceritakan situasi begini, masalah pelajaran, cinta tidak bergantung, keluarga yang tergadai dan saya pasti tidak seorang pun daripada kita yang terlepas daripada keadaan ini, itu lumrah, hidup kita tidak selalunya berada diatas, setinggi mana kita terbang percayalah bumi sentiasa memanggil kita,"Kehidupan ini macam roda, kadang-kadang diatas, kadang-kadang dibawah" ada betulnya kata-kata tersebut,namun untuk menelan situasi "dibawah" memang satu ujian yang berat bagi yang pernah merasainya.
Kebuntuan , kesamaran, kesunyian selalu mengetuk pintu kehidupan kita. 

Dalam masa kita menusuri jalan-jalan kebuntuan tersebut,
ketenangan jiwa dan  kekuatan hati sentiasa dicari-cari dan pasti jalan untuk sampai kepadanya juga bercabang-cabang,
ada yang suka menyendiri untuk mendapatkan ketenangan,
ada juga yang menggunakan kewangan kukuhnya untuk bercuti dengan impian kekalutan yang dihadapi dapat diatasi serta pelbagai lagi jalan-jalan yang tersendiri.





Namun sejauh manakah kekusutan, kebuntuan , kesamaran, kesunyian,dan down tersebut dapat diubati?
Jika dapat diubati sekalipun, adakah ia tidak akan terjadi lagi dan bagaimana pula ingin menempuhinya untuk berkali-kali ? 
Solusinya apa?

Bagi saya, tidak lain tidak bukan, berbuat baiklah kepada pencipta kekusutan, kebuntuan , kesamaran, kesunyian,dan down tersebut.

Masalah itu milik siapa?

Bagaimana ingin mengawal masalah itu, dari manakah ia terbit?
percayalah, daripada HATI. 
kawal hati, nescaya hati akan kawal anda,
bersihkanlah HATI anda, dekat-dekatkan HATI kepada penciptanya,
sejahat mana seseorang pasti suara HATI akan berkumandang sebelum melakukan sesuatu,
acapkali suara HATI berlawan dengan Nafsu, itu adalah fitrah.

“Bukankah Aku ini Rabb kamu? Mereka menjawab: Iya, kami menjadi saksi.” 
Surah Al-A’raf ayat 172
lihat lah roh berbicara dengan Allah sebelum dimasukkan kedalam tubuh kita, 
Hati sentiasa menegakkan kebenaran.itu fitrah.

“Sesungguhnya Allah itu mencintai orang-orang yang sering bertaubat dan orang-orang yang membersihkan diri.”
  Surah Al-Baqarah ayat 222.



Bersangka dan berbuat baiklah kepada Allah, 
berfikir sejenak ujian dan dugaan yang dihadapi oleh Rasul Allah,
pernahkah baginda mengeluh dan merunggut ketika berperang,
ketika berhadapan tentangan daripada orang yang menafikan agama Allah?

begitu juga sahabat-sahabat rasul Allah yang pasti ujian mereka hadapi lebih teruk daripada kita,
mengapa mereka tidak pernah persoalkannya?

“Sesungguhnya Allah itu mencintai orang-orang yang sering bertaubat dan orang-orang yang membersihkan diri.” 
Surah Al-Baqarah ayat 222.

Kerana mereka menjaga hubungan mereka dengan Allah SWT. Pastinya, orang-orang yang menjaga hubungan dengan Allah SWT ini, sering membersihkan diri mereka. Antara tanda kita menjaga hubungan dengan Allah SWT, adalah kita sentiasa bertaubat dan memohon ampun kepadaNya

“Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Rabb kalian dalam keadaan berpuas hati lagi diredhai.” 
 Surah Al-Fajr ayat 27-28.





Wahai insan yang terpinga didalam kegelapan masa hadapan, kembalikanlah cahaya kalian, 
tuhan tidak ciptakan kita untuk buntu ketika mendapat masalah,
carilah ketenangan kalian, dan ketahuilah ketenangan itu sahaja yang mampu kembali kepada Allah dalam keadaan diredhaiNya.


“Ketahuilah dengan mengingati Allah itu, hati-hati akan menjadi tenang.” 
Surah Ar-Ra’d ayat 28. 

-Aku berdiri kerana aku tahu kenapa aku berdiri-

1 ulasan:

.rai.di.sini. said...

innalillah..dari Dia datang kepada Dia kite kembali.

 
Twitter Facebook Tumblr