Saturday, December 10, 2011

Pengemis Guruku

| | 0 ulasan

Langit mendung, menampak riaknya ingin membasahi bumi, bila-bila masa sahaja bakal menghujani bumi dengan rahmat dari ilahi.  Rahmat ilahi itu mana pernah mengenali istilah masa,  di mana-mana sahaja tidak kira detik waktu berapa ia boleh turun, ia dari Pencipta dan Pemberi rahmat.

 Aku dan Muiz cepat-cepat membawa diri selepas mendengar panggilan dari ilahi, menusuri jalan ke Masjid di tengah-tengah pasar bandar Irbid. Suasana pasar amat sesak. Masing-masing mencari apa yang diperlukan, mereka datang dari pelbagai tempat, ada dari kawasan berdekatan ada juga dari daerah lain seperti Mu’tah yang memakan masa 2 jam ingin sampai, semua datang dengan pelbagai keinginan, ada yang ingin membeli barang, ada yang ingin menjual barang, dan ada juga yang hanya ingin menikmati suasa riuh pasar arab. Semua ada halatuju masing-masing.

Namun, dalam kesesakan itu, ada sesuatu yang menarik bagi Muiz.

***
“Farhan ! tengok pakcik tu.. kaki dia kudung.. baju dia dah lusuh.. muka dia sedih sangat.. kesian kat pakcik tu, macam tiada halatuju ke mana-kemana” Mengadu Muiz padaku sambil jarinya menunjuk ke arah pakcik tua yang sedang mengemis.
Muiz berpaling kepadaku, aku tidak berkata apa-apa, hanya memerhati. 

Geram melihat gelagat aku yang hanya mendiamkan diri, Muiz berlari ke arah pakcik itu, aku mengikutinya dari belakang. 
Sejumlah wang dikeluarkan dari kocek seluar, kemudian tanpa memilih nilai wang, Muiz terus memasukkan ke dalam mangkuk kecil yang berada betul-betul di hadapan pengemis itu. Senyuman juga dihadiahkan kepada pakcik itu, baik sungguh sahabatku Muiz ini sehinggakan aku juga turut tersenyum melihat gelagat Muiz.

 Aku melihat mangkuk kecil milik pengemis itu. Tidak banyak wang di dalamnya, yang ada hanya contengan di sana sini seperti pakaiannya,comot. Kaki pakcik itu sudah tiada, kudung. Badannya hanya dibaluti dengan kain koyak lusuh entah dari mana.

 Aku termenung seketika, bermain-main dengan soalan, ketika aku sedang enak berbungkus selimut tebal dimalam hari,  bagaimanakah insan seperti mereka di musim sejuk ini? Anak-anak kecil yang senasib seperti mereka? Manusia yang cacat seperti mereka? Insan yang kehilangan keluarga?Adakah mereka ingin kehidupan begini? sudah pasti mereka tidak ingin. 


Bagaimana keaadaan mereka setiap hari? soalan itu tidak mampu aku menjawabnya, biarkannya ia terus bermain dalam kotak fikranku, berharap aku akan ketemui jawapannya suatu hari nanti, hanya senyuman dan  beberapa nilai wang yang mampu aku hadiahkan kepada pakcik itu ketika ini. 
Garis-garis tua muncil di muka pakcik itu ketika membalas senyuman aku, sungguh berseri mukannya aku lihat, langsung tidak menampakkan kesulitan yang melanda dirinya. Seteguh itu dugaan yang melanda, ia masih mampu tersenyum. Senyuman yang membuatkan aku termuhasabah seketika.
Aku tahu, hari esok tidak pernah berjanji kepadaku, andai aku memperolehi cabaran kehidupan yang lebih teruk dari mereka, kau teguhkanlah hati hambamu ini ya Allah. Aku berdoa seketika tanda sedar tuhan ingin memperingatiku bahawa aku hanya peminjam nikmat daripadannya.

“alhamdulillah.. terima kasih nak.. moga jadi anak yang soleh nanti ya..” kata pakcik itu.

“terima kasih pakcik..” balas ku ringkas.

Hatiku tersenyum melihat peristiwa itu..bagi ku tiada beza pengemis dengan diriku .. diriku juga pengemis.. setiap waktu, setiap hari aku meminta – minta daripada Allah. Tanpa segan silu. Walau sudah banyak nikmat Allah  beri, aku masih terus meminta – minta dan Allah pula dengan sifat kasih serta sayang-Nya kepada hamba-Nya tidak pernah jemu memberi. Jadi tidak patut rasanya aku tidak memberi ketika ada orang meminta, tidak patut rasanya menjadi seorang yang terlalu berkira, padahal Allah tidak pernah berkira melimpahkan nikmat kepadaku.. Diriku juga pengemis redha Allah.. sentiasa berharap,bermohon, meminta- minta akan redha Allah.


“Farhan , kita belajar ilmu dibilik darjah yang kecil, tapi mereka sedang belajar ilmu kehidupan didunia yang penuh terbuka, tuhan tunjukkan mereka kepada kita untuk kita belajar dari mereka, mereka cikgu kita” kata Muiz kepadaku.

 Aku senyum pada Muiz dan terus melangkah masuk kemasjid, ingin merakam syukur kehadrat ilahi kerana mengajarku erti kehidupan didunia yang sementara ini.
“Setiap manusia itu adalah ciptaan Allah, dan ciptaan Allah itu adalah guru kita” aku ingat kata-kata ini.
“ Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya karena mencari keridaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis (pun memadai). Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu perbuat” – Al-Baqarah :265

0 ulasan:

 
Twitter Facebook Tumblr