Friday, January 27, 2012

Solatku Ibu

| | 0 ulasan



Kanak kecil itu akan Solat, semesta alam bersiap sedia, tanpa dia sedari itulah solat pertama yang akan sempurna, itulah solat pertamanya yang akan lengkap, Utuh, tak lupa satu bacaan pun, tak lalai satu gerakanpun.
Dia bersiap sedia memulakan sembahyangnya itu, bergetar mengangkat tangannya, bibir lembut melantunkan  keesaan tuhan di takhbiratul ikhram.
“Allahu-akhbar”
Seribu malaikat turun dari arasy-Mu, menjadi saksi agung semua urusan ini, jika dapat dilihat malaika-malaikat yang turun itu.  Satu sayap mereka sahaja sudah cukup menbentang langit ilahi, menutup sempurna cahaya matahari.
Dia membaca doa iftitah. “Innashalati, wanusuki , wa-ma-..  wa-ma-yah-ya, wa-ma-ma-ti…
Takkala bibirnya menyebut wa-ma-ma-ti, lautan bergolak lembut. Angin bertiup mempersona. Gunung-gunung bergetar lemah. Ujung-ujung pohon meliuk menunduk. Dedaun semilisik menyebut salam.
Dia membaca al-fatihah. Sambung mebaca surah pendek. “Ar-roai-tal-la-zi   yu-kad-di-bu-bid-din. Pa-dja-li-kal-la-ji ya-du’ul-ya-tim….”
Tidak, sungguh dia tidak pernah sendirian. Ia ada teman lebih banyak dari dunia dan seluruh isinya. Juga kanak-kanak lain di muka bumi ini. Mereka tidak pernah sendirian.
Dia turun ruku’. Dia bangkit untuk I’tidal. Kemudian tubuh dia meluncur untuk sujud. “Allahu-akhbar”. Muka basanya menyentuh tikar pandan. Dia sujud dengan sempurna untuk pertama kalinya. Dia menyambung sujud yang terputus dahulu. Dia sujud.
Sungguh sebuah tarian penghambaan yang sempurna. Dia tidak ingat siapapun lagi saat sujud. Fikiran dia satu, dia ingin khusyu’. Maka arasy Allah bergetar.  Semburan cahaya indah itu membuncah langit. Sepantas cahaya menakjubkan itu menggentarkan semesta alam.
Ya Allah, sungguh , kami tidak pernah memiliki, kami tidak pernah mempunyai. Engkaulah yang maha memiliki. Engkaulah yang maha mempunyai. Ya Allah, bahkan diri kami sendiri bukan milik kami.
Dia bangkit dari sujudnya, duduk diantara dua sujud. Doa-doa keluar dari menusuri bibir lembutnya.
Dia tidak ada keraguan lagi, bahkan sangat lancar, tidak seperti percubaan sembahyangnya dahulu, dia membaca doa dengan baik sekali. Kalimah ilahi itu berbicara dengannya. Dia beranjak berdiri. Rakaat kedua. Membaca al-fatihah. Membaca alam nasrah. Tiba di janjiMu. Takbir.
Sehinggalah gerekan selepas itu, bacaan kalimah langit selepas itu. Hingga akhirnya lemah suara bacaan nya menyebut salam. Syahdu salam itu terucap.
Seribu malaikat dia atas bukit menyambut salam tersebut. Begitu juga semua semesta alam, tidak tinggal membalasnya ucapan salam yang bercahaya dari mutiara anak yatim itu.
Dan entah mengapa dia teresak pelahan. Dia menangis, basah mutiara matanya. Ya Allah, akhirnya dia menyedari dia baru sahaja menyelesaikan solatnya yang lengkap, gadis kecil itu bahagia sekali. Untuk pertama kalinya ia menyelesaikan solat dengan sempurna. Solat yang indah, membaca dari awal hingga akhir. Tidak lupa tidak bertukar-tukar, dia ingat semuanya.
Lihatlah disini tiada siapa, tidak ada ayah yang akan memujinya. Tidak ada ustaz yang berjanji akan memberi hadiah kepadanya apabila selasai dia hafal bacaan sembahyang dia itu. Juga tidak ada kakaknya yang akan bangga dengannya, dan yang pasti tidak ada ibunya  yang pasti memberi kan senyuman paling bahagia.
Ya Allah, dia ingin bersama ummi, dia ingin berjumpa ummi, dia rindu sangat. Teramat rindu, dia ingin memeluknya!
Tidak, dia tidak ingin hadiah. Dia tidak ingin semuanya. Dia hanya ingin di saat pertama kalinya ia baru sahaja menyelesaikan hafalan bacaan sembahyangnya,  ibu yang melihatnya disitu, dia hanya ingin memeluk ibunya, kemudian berbisik di telinga ibu, menyampaikan khabar bahagia ini.
Ya Allah tempatkanlah ibu dan seluruh keluarganya di tempat yang mulia, syurga Firdausi agar kanak-kanak kecil ini dapat bertemu dengan kelurganya kelak disitu.



Kanak-kanak itu hidupnya indah,
lebih indah lagi jika diusia sekecilnya itu sudah diadun
dengan pengertian agama yang sememangnya indah.
-part from Hafala Shalat Delisa-

0 ulasan:

 
Twitter Facebook Tumblr