Monday, March 12, 2012

Magazine: EASTPIRASI MPMMJ

| | 0 ulasan


"Hidupnya sentiasa berkhayal" kata-kata ini mengetuk pintu hati saya, terasa sekali kesanya. Ia keluar dari bibir seorang pemimpin yang saya sangat hormati pemikirannya. Benar semenjak dua menjak ini otak saya sentiasa berfikir, sentiasa mencari idea, idea datang bila-bila masa sahaja, ketika berjalan ke kuliah, di bandar, di dalam kelas, di sana disini, dan yang paling saya tidak suka ia datang ketika ingin tidur, ketika itulah idea selalu datang mencurah-curah menyebabkan tidur saya asyik tergendala. Mencari idea menyebabkan saya hidup dalam khayalan, berfikir dan terus berfikir.

Berfikirlah sebelum kita dihentikan daripada berfikir.

Islam memandang berpikir itu sebagai media untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Sebab dengan berpikir, manusia menyadari posisinya sebagai hamba dan memahami fungsinya sebagai khalifatullah di muka bumi. Tugasnya hanyalah menghambakan diri kepada Allah SWT dengan beribadah. Dengan berpikir juga, manusia mengetahui betapa kuasanya Allah menciptakan alam semesta dengan kekuatan yang maha dahsyat, dan dirinya sebagai manusia sangat kecil dan tidak berarti di hadapan Allah Yang Maha Berkuasa.

Al-Qur'an berkali-kali merangsang manusia, khususnya orang beriman, agar banyak memikirkan dirinya, lingkungan sekitarnya, dan alam semesta. Karena dengan berpikir itu, manusia akan mampu mengenal kebenaran (al-haq), yang kemudian untuk diimani dan dipegang teguh dalam kehidupan. Allah berfirman, "Hanyalah orang-orang yang berakal saja yang dapat mengambil pelajaran." (Ar-Ra'd: 19).

Berkhayal & Berfikir.

Saya tidak berhajat untuk membicarakan tentang ‘power of thinking’ terlalu lama pada entri kali ini, saya hanya ingin bersyurkur kerana setelah lama berhepas pulas,berfikir mencari idea, akhirnya Majalah EASTpirasi (Majalah Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan) telah siap dan dipasarkan.  Terima Kasih kepada team EASTpirasi dan semua yg menjayakannya. Ini Majalah kedua saya design.

Terima Kasih kepada mereka yang menjayakanya:-

Senior Arif hakimi
( ketua Pembangunan Minda & akademik MPPMJ yang mempunyai pemikiran yang sangat jauh)
Kak Aina Nadia
(Timb. ketua Pembangunan Minda & akademik MPPMJ yang mantap)
Kak Farhanah Tajurudin
(bekas ketua HELWI yang sangat teliti)
Ketua editor : Amir Jusnan#  Tim.editor : Eida Sazali
Hazma Rima# Akai Ichigo# Azry Hafify# Nadia Nabila Hamzah Fansuri# 
Arif Akmal# Azrai Razali# Yuyun Amira# Aishah Hanim# Nur Afiq
 (semua team EASTpirasi doctor, saya seorang jea yg bukan doctor dan tahun pertama)


Jadikan kami hamba yang bertaqwa untuk agama
Terimalah EASTPIRASI
tekan link ini untuk membaca E-book
http://www.issuu.com/eastpirasi/docs/eastpirasi11

0 ulasan:

 
Twitter Facebook Tumblr