Saturday, November 17, 2012

Hijrah!

| | 0 ulasan
Salam Revolusi,
Salam Winter,
Salam Exam,
Salam Muharam,




Salam revolusi

Minggu ini minggu revolusi , ketika saya sedang menulis ini, israel baru sahaja menyerang tanah palestin. (Saya mendoakan keselamatan untuk rakyat palestin, semoga tuhan menempatkan mereka ditempat yang benar). Perkara ini sebenarnya bukan perkara baru saya dengari, sudah lama Israel menyerang palestin, namun kali ini terasa kelainannya, dulu ketika saya dengar perpecahan, pengeboman, peperangan, demonstrasi, saya tak penah rasa apa-apa, hanya sekadar share link gaza itu, sedakah sana, like status sana, status sini pasal gaza tanpa saya memahami situasi sebenar. Yang saya tahu Israel jahat Palestin baik, Israel yahudi palestin orang islam, palestin sahabat kami, dan israel yang bersalah. Boikot israel!

Saya terus cop tanpa saya membaca sejarah mereka, tanpa saya tahu kenapa konflik ini terjadi. Teryata itu tindakan yang melulu. Sejarah palesin- israel bukan sehari dua, tetapi sudah berpuluh tahun berlaku, Dalam tempoh yang begitu lama, ramai orang melaungkan perjuangan untuk palestin, boikot sana boikot sini, tetapi berapa orang yang betul-betul ambil peduli dengan konflik ini, yang dapat huraikan dengan betul sejarah mereka. sebab sebenar kenapa konflik ini terjadi, bagaimana sejarah negara israel terbentuk, mengapa mereka benar-benar inginkan palestin,  kalau punca sebenar sendiri kita tak tahu memang susah kita nak selesaikan isu nya. Jangan tahu boikot sahaja tapi biarlah setiap tindakan yang kita lakukan kita tahu dimana puncanya, biar perjuangan bertunjangkan ilmu bukan berdasarkan nafsu marah semata-mata.


Jordan dan revolusi

Ketika saya  mula-mula sampai dulu, bumi Jordan ini antara satu-satunya negara teluk yang belum lagi ada 'kebangkitan arab',  jika ada pun secara kecil-kecilan. Tetapi minggu ini sejarah telah tercipta, hampir seluruh tempat ada demonstrasi, ketika saya tulis ini sudah masuk hari  ke- 4 demontrasi berlaku, setiap hari dapat dengar bunyi kereta polis, peserta demonstrasi kerap melintasi jalan depan rumah. Ternyata keputusan kerajaan Jordan menaikan harga bahan galian mencetuskan 'kebangkitan arab' dalam negaranya, jika dahulu rajanya dipuja, tetapi sekarang rajanya dicela,

Solat jumaat minggu ini antara perkara yang tak dapat dilupakan, solat kali ini bukan diatas kapet warna bebelang tetapi solat diatas jalan raya hitam menghadap barisan polis&askar jordan yang bersiap sedia dengan kayu kota ditangan dan topeng mereka, sambil 4 ven besi dibelakang mereka, kerana demonstrasi
dijangka akan berlaku selepas solat jumaat.

Untuk cerita solat jumaat saya copy status senior saya di Fb:
" Antara kalam-kalam terakhir khatib yang dapat saya tangkap sebelum beliau menamatkan khutbah adalah seperti berikut;

"Wahai sidang Jumaat! Berkenaan dengan kenaikan harga minyak petrol, adalah di sana kebaikan yang kita dapat. Siapakah yang memandu kenderaan? Ketahuilah, dengan kenaikan ini kita dapat mengekang para pemuda daripada keluar berpeleseran pada lewat malam."

Tiba-tiba, beberapa pemuda di koridor tengah masjid bangkit, melaungkan takbir dengan kuatnya. Mereka menjerit-jerit, memarah-marah khatib dan meminta khatib turun dari mimbar lalu memberhentikan khutbah. Ada juga yang menemplak, ini adalah kezaliman! Siapakah yang memandu kenderaan sebenarnya?
Khatib beristighfar panjang, memohon semua bertenang, berdoa kepada Allah dan menyempurnakan rukun di dalam khutbah sebelum iqamah dilaungkan, tanda solat Jumaat akan dimulakan.

Namun, kedengaran para jemaah masih sibuk melaung takbir, bertengkar, bising dan tidak menghormati rumah Allah. Sungguh, Syeikh Makmun As Syamali, imam besar Masjid Nuh Qudoh Universiti Yarmouk melaung meninggikan suara. Beliau marah.

"Betaqwalah kepada Allah! Bertaqwalah kepada Allah! Ini rumah Allah !"


Solat pun dimulakan, tatkala itu semua jemaah menjadi senyap. Imam membacakan surah Al Baqarah ayat 102 hingga ayat 108 sewaktu rakaat pertama dan surah At Taubah ayat 34 hingga ayat 40 pada rakaat kedua. Seusai solat beliau membacakan doa, memohon dilembutkan hati para jemaah, memohon keamanan dan keselamatan tanah air, memohon mengembalikan para pemimpin kepada keadilan dan ketaatan kepada Allah serta jauh dari malapetaka dan bala bencana, juga ketaqwaan yang berterusan pada Allah yang Maha Kuasa.

Dengan nada yang tegas, Syeikh Makmun mengingatkan kepada para jemaah seusai berdoa;

"Kata-kata khatib itu tadi ada betulnya. Beliau itu sedang berkhutbah. Kita ini di rumah Allah. Hormati rumah Allah! Bukan disini kita meninggikan suara. Bertaqwalah kepada Allah!!!"
Lantas, kedengaran suara-suara jemaah diluar masjid berteriakan. Melaungkan takbir, menjerit kata-kata semangat menandakan demonstrasi sedang berlaku di luar.

Orang sudah mula ramai. Polis juga begitu. Kelihatan 4 buah van polis berdekatan dengan masjid. Para pegawai polis berarak bersama kayu cota di tangan dan topeng mula, perisai serta pakaian keselamatan di badan. Jalan Shareek Jamiah dari Duwar Nasim ke Duwar Jamiah sudah ditutup.

Rakyat semua bersorak kuat, dan kelihatan ketua mereka melaungkan suara bersama pembesar suara di tangan. Terdapat juga beberapa juruvideo dan jurufoto dalam kelompok manusia tersebut. Ada juga yang mengibarkan bendera negara Jordan." -yaqzan yazeed

* lihat Al-Jazeera untuk maklumat lanjut krisis di Jordan

Semoga kebangkita arab jordan ini bukannya kebangkita nafsu atau dendam semata-mata, tetapi ditunjangkan dengan ilmu dan tanggunjawab sebagai muslim yang inginkan keadilan dan kebenaran tegak didunia ini, agar perubahan yang berlaku kelak tidak berulang apa yang berlaku sekarang, semoga sinar esok lebih baik dari hari ini.

 Gambar Hiasan
Salam Winter.

Ini kali ke-2 saya lalui musim sejuk di bumi Irbid ini, kemeriahannya tidak seperti first year dulu, dulu excited beli baju sejuk, selimut tebal, alat pemanas rumah, kasut khas untuk main salji, setokin berwarna warni, macam nak sambut raya pulak rasanya semunya baru, ada tu musim sejuk pun tak masuk lagi
dah tanya senior bila salji nak turun padahal kat irbid ni bukannya turun selalu pun.

Tapi, sekarang semua tu tak rasa dah, dah tak ada dah 'perasaan' tu, klu dah jadi senior ni, selalu orang akan cakap pasal musim sejuk ni tak lain tak bukan, tidur aja lah, dalam suhu 10 kebawah memang nikmat berselimut dalam selimut 8kg, sampaikan kelas pun susah dah nak pergi, tapi saya tahu bukan itu sebabnya
saya di bumi irbid ini, saya enjoy dengan tidur, tapi tidak berlebih-lebihan.

Jadual kelas saya bukan seperti orang lain, Sem ini saya sengaja amik kelas pukul 8 tiap-tiap hari dan saya pindah rumah jauh dari universiti, nak tak nak saya kena paksakan diri saya bangun awal pagi, pukul 7pagi saya dah kena redah kesejukan musim sejuk ini untuk mencari ilmu. Saya takut kalau saya amik kelas lambat tengah hari, saya tak dapat uruskan masa pagi saya dengan baik. Saya tak nak bazirkan masa saya di Jordan ini. Permulaan ini saya perlukan paksaan untuk berubah. Alhamdulillah setakat 2 bulan saya lalui ini, saya tak pernah ketinggalan kelas pagi. dengan ambil kelas pagi juga ia telah menyusun jadual tidur saya, saya terpakasa tidur awal untuk bangun awal. Semoga tuhan terus beri kekuatan  dalam kehidupan ini.

Sebenarnya ada perkara yang menarik setiap kali waktu pagi musim sejuk ini dan saya enjoy dengannya, sangat best, dan ia membuatkan saya teruja untuk bangun pagi dan pergi kelas, kelas saya tingkat 4 (tingkat atas sekali), ketika musim sejuk ini selalunya suhu pagi selalu rendah (sejuk), dan selalunya kabus tebal waktu pagi, dari tingkat 4 salalu saya dapat lihat permandangan yang sangat menarik, pemandangan macam dalam kapal terbang. Saya dapat lihat lautan kabus dari atas, dan dari celah-celah lautan kabus itu munculnya menara-menara masjid yang tinggi, sangat cantik, rasa tenang, nyaman dan teruja, cantik sangat ciptaan tuhan ketika itu, hilang semua konflik dalam hidup ini.

Gambar Hiasan

Salam Exam,
InsyaAllah exam ke-2 bakal saya tempuhi minggu depan, pastilah saya betul-betul mengharap 
kejayan akan dikecapi, alhamdulillah exam pertama saya banyk peningkatan daripada dulu, secara kasarnya cara pembelajaran saya banyak termotivasi dengan senior-senior perubatan disini, mereka belajar memang tidak pernah kenal penat lelah, 2minggu sebelum exam dah abes dah baca buku, ready untuk exam dah, sebelum exam dah khatam 4 kali dah, tiada istilah study last minute, saya sangat terkesan dengan cara belajar mereka, sem ini saya sangat tekankan study awal, sangat benci buat kerja last minute, semoga saya berjaya didunia dan akhirat. Alhamdulillah saya semakin minat dengan bidang Islamic Banking, doakan kelak saya dapat beri sumbangan dalam bidang Islamic Banking dunia!



 Salam Muharam, 
Sedar tak sedar dah 19 tahun saya hidup didunia ini, pelbagai asam garam yang telah saya lalui dalam hidup ini, kadang-kadang saya rasa 19 tahun saya kosong, sia-sia, tiada apa sejarah yang telah saya lakar. Saya perlukan perubahan untuk kehidupan saya akan datang, tujuan sebenar untuk apa saya hidup perlu saya fokus.

Kelmarin ada orang tanya saya dimana saya 20tahun akan datang? secara jujurnya saya sendiri tak tahu, teruknya saya tiada perangcangan masa depan, tiada cita-cita dalam kehidupan, tiada impian, seolah2 saya sendiri tidak tahu untuk apa saya hidup. hidup hanyalah untuk mengikuti sejarah dunia, tiada perangcangan langsung untung cipta sejarah sendiri.

Apa sebenarnya matlamat hidup kita? untuk apa kita berpenat lelah dengan hari-hari kita? Adakah untuk makan, untuk punya rumah sendiri, kerja sendiri, kereta besar, ada aset melimpah ruah.  Adakah ini yang kita kejar dalam kehidupan kita? bagaimanakah jika kita tak dapat ? adakah itu bermakna hidup kita gagal? jika itulah definisinya hidup ini, sungguh perit erti hidup bagi mereka seperti di afrika.

Lihat lah dunia ini dengan lebih luas, cuba lihat ia dari demensi akhirat, Hidup sebenarnya bukan sahaja untuk kita kejar harta. Bukan harta yang kita kejar, harta adalah alat semata-mata. Sekalipun wang kita kurang, tetapi jika ada agama, jiwa kita bebas.

Hidup kita bukan untuk diabdikan kepada manusia dan harta tetapi hidup kita adalah untuk diabdikan kepada yang menciptakan manusia, harta dan kehidupan kita, Allah.

Carilah apa yang Allah berikan kepada kita itu untuk kita bawa kehari akhirat!
Semoga setiap detik peluang yang tuhan beri ini kita tidak mensia-siakan!

Salam Muharam !

0 ulasan:

 
Twitter Facebook Tumblr