Friday, February 1, 2013

Kita memang diciptakan untuk duduk sahaja.

| | 0 ulasan
poster ikhtilat permai


Hari akan terus berganti, detik akan terus pergi,  walaupun diri diam membisu,  ia tidak pernah terhenti. Begitu juga diri ini, tanpa sedari tinggal 2 hari sahaja lagi semesta baru akan dibuka, semesta 2 tahun ke-2. Itu bermakna tinggal 2 tahun lebih sahaja lagi masa di jordan ini. Dan setahun lebih sudah berlalu.

Setelah berhempas pulas melalui cabaran semester pertama tahun 2, akhirnya ia berakhir juga. Alhamdulillah keputusan peperiksaan pun ada peningkatan dan memuaskan. Cabaran semester lepas pastilah tidak sama dengan semester yang sebelumnya, pembelajaran saya pada semester lepas sudah mula terikat dengan pimpinan pelajar, subjek pun sudah bertimbun-timbun,  pasti bukan sesuatu yang mudah bagi saya kerana saya bukanlah dalam kategori pelajar yang bijak, masa pembelajaran automatik sudah terganggu, perlu dikawal dengan baik, pada masa ini ilmu ‘disiplin’ amat diperlukan, jika tidak ada disiplin hidup akan berterabur, bak kata Azizulhasni Awang, bagaimana disiplin kita uruskan subuh itulah disiplin diri kita.

Orang kata semakin kita sibuk semakin kita menghargai masa, saya menyokong seratus peratus kenyataan ini, saya dapat merasakan, dulu ketika tahun pertama, saya tidak pernah ambil tahu dengan masa saya, hari saya akan terus pergi dan masa akan terus berlalu tanpa saya sedari, tetapi apabila sudah masuk tahun 2, masa sangat bernilai, banyak benda yang kita perlu uruskan, ia perlukan perangcangan masa dan setiap aktiviti perlukan penilaian yang betul, jika tidak dirangcang dengan betul, masa akan berlalu dan saya tidak akan tahu apa yang telah saya gunakan dengan masa saya, kelak kita akan menyesal dengan hari yang lepas.

sebagai contoh ketika kita hendak menghadapi exam, ketika itu kita akan tertekan, perlukan penilaian dalam setiap aktiviti, masa sangat bernilai berbanding dengan masa kita tanpa exam, Jika kita tiada exam kita tidak pernah ambil tahu tentang masa kita, semua nya boleh selagi mana tidak langgar syara’, lihat sahaja diri kita selepas exam dan sebelum exam , sangat berbeza.

Bagi saya untuk menghargai masa, carilah matlamat hidup, orang yang ada matlamat hidup yang jelas, dia tidak akan membenarkan masa nya berlalu dengan kosong, masanya akan sentiasa terisi dengan kerja-kerjanya selagi mana matlamat hidupnya tidak sampai. Matlamat hidup adalah jalan, jika orang yang tiada matlamat hidup, seolah-olah dia tiada jalan, dia tidak tahu ke mana ingin pergi dan masanya akan terbuang begitu sahaja. 

Hari akan terus berganti, detik akan terus pergi, walaupun diri diam membisu,  ia tidak pernah terhenti, persoalanya adakah kita memang diciptakan untuk duduk sahaja?

Jangan takut dgn masa lepas,
Jangan risau dengan masa depan.Hargai masa sekarang.


*bagi yang tidak habis lagi exam macam saya, teruskan berusaha, semoga berjaya, doakan semoga sem baru ini lebih baik dari sebelumnya.



0 ulasan:

 
Twitter Facebook Tumblr