Pagi ini ketika saya
menyemak akaun facebook, saya tertarik untuk melihat satu video promo drama
yang dikritik hebat oleh kita masyarakat melayu islam, masing-masing
meyuarakan bantahan mereka dengan sikap pelakon didalam cerita itu yang
membawa watak islamik tetapi tidak menunjukkan nilai-nilai islam itu
sendiri. Mereka mengatakan bahawa ini bukan drama islamik kerana wujudnya
adegan sentuh antara lelaki dan perempuan walaupun pelakon perempuannya memakai
purdah dan pelbagai lagi tohmahan yang saya kira tidak perlu saya sebutkan di
sini. Sebenarnya sudah lama saya ingin menulis tentang ini sejak dari TAHAJUD CINTA ditayangkan sehinggalah hari ini barulah saya berpeluang.
Seni
Al-Farabi
menjelaskan bahawa seni sebagai ciptaan yang berbentuk keindahan. Al-Ghazali
pula menjelaskan seni dengan maksud kerja yang berkaitan dengan rasa jiwa
manusia yang sesuai dengan fitrahnya. Herbert Read mendefinisi seni sebagai
ciptaan bentuk-bentuk yang menyenangkan. Aristotle pula, seni itu 'is a higher type of
knowledge than experience. In part, art completes what nature cannot elaborate;
and in part, it imitates nature’.
Bagi saya seni merupakan
sesuatu yang indah, dan semestinya untuk menghasilkan sesuatu yang indah ini juga
pastilah bukan sesuatu perkara yang mudah, ia bukan sahaja memerlukan jiwa dan
perasaan untuk mendalaminya tetapi juge perlu diiringi dengan ilmu,
pengetahuan, pendedahan, pengalaman dan kemahiran yang mendalam.
Seni dan Islam
Islam
tidak pernah melarang umatnya untuk
berseni, kerana seni itu merupakan fitrah kepada setiap manusia, bahkan islam
itu sendiri bersifat indah. Tuhan berfirman di dalam Surah Al-Ikhlas ayat 1-4 “Katakan, Dialah Allah Yang Maha
Esa. Tempat bergantung segala sesuatu. Dia tidak
beranak dan tidak pula diperanakkan. Tidak ada siapa yang setara dengan
Dia.” Sejauh mana seni itu pergi dengan keindahannya, ia tidak boleh lari
daripada pergantungannya pada tempat yang maha esa, kerana kadangkala seni itu
bersifat khayalan. Pengkarya boleh memberi pelbagai perasaan pengalaman, mahupun
keilmuan namun ruang itu perlu dikawal
dengan sebaiknya agar apa yang kita panggilnya sebagai batas syara’ itu tidak dilanggar.
Islam
hadir untuk merubah masyarakat arab jahiliyyah yang cukup rendah moralnya ketika
awal kedatangannya sekali gus membawa rahmat keseluruh alam. Saya kira seni yang
bercorokkan islam yang hadir pada hari ini tidak terlepas daripada tujuan itu,
ia hadir bagi memulihkan akhlak kepada kemurnian tamadun, dan saya percaya seni
yang bertujuankan itu perlulah mempunyai pegangan yang kukuh dalam membawa
nilai-nilai islam, tidak perlu takut atau goyang dengan cabaran yang wujud dalam
era yang mencabar ini.
Prof.
Syed Naquib Al-Attas, pernah menyebut : ”Kehidupan itu ibarat
pengembaraan tanpa persuaan, yang sentiasa ditempuh bagi mencari maknanya: dan
kedirian itu ibarat yang menjelmakan serta juga dijelmakan oleh maknanya dan
makna hidup demikian – sekalipun mungkin tercapai oleh diri yang menuntut
mencarinya - tiada dapat lari dari nasib terkena hukum
nilaian nisbi jua.” (Lihat RISALAH oleh Syed Muhammad Naquib Al-Attas
- muka surat 116).
Sikap marah
Bagi
saya marah bukanlah sesuatu perkara yang bagus, malah islam sangat membenci
sikap marah, marah itu juga tidak membawa apa-apa makna malah boleh merugikan
diri sendiri, walaupun kadang kala marah itu ternampak seperti ia berguna. Benar
kita ingin menunjukkan solidarity kita sebagai orang yang mempertahankan
agama kita, kita perlu kritik, tetapi benarkah hanya dengan kritik dan bersikap marah sahaja? adakah itu menyelesaikan masalah dan menjamin tidak akan berulang pada masa akan datang? Bagi saya jangan hanya
menjadi masyarakat yang tahu marah dan mencaci sahaja.
Manusia
itu dianugerahi akal yang sangat bermanfaat, seharusnya kita menggunakannya
untuk mencari ilmu dan manfaatkannya, golongan agama jangan hanya tahu marah
apabila pengkarya film tersilap dalam membina film berkongsepkan agama,
seharusnya golongan agama tampil ke hadapan memberi solusi, bukan hanya menjerit
di laman-laman facebook menyatakan itu haram, ini haram dan sebagainya. Berikan
pendapat yang benar tentang kesalahan itu, kita telah lahirkan terlalu ramai
pengkritik, tetapi pembina terlalu sedikit. Saya
sarankan untuk golongan agama memasuki bidang perfileman, jika tidak panel
syariah film sekalipun, jadilah penulis skrip, asalakan kita bukan hanya
sekadar pengkritik tetapi kita juga pembina.
Saya akhir penulisan saya dengan beberapa persoalan yang biasa kita dengar tetapi jarang kita ambil serius tidak kira apa sahaja isunya.
Kenapa kita hanya tahu marah?
Sampai bila kita perlu marah?
Kenapa bukan kita sendiri yang membina?
Jika bukan kita siapa lagi?
Kenapa kita hanya tahu marah?
Sampai bila kita perlu marah?
Kenapa bukan kita sendiri yang membina?
Jika bukan kita siapa lagi?
“Hanya ada 2 jenis anak muda di dunia, Mereka yang menuntut perubahan
Mereka yang menciptakan perubahan, Silakan pilih perjuanganmu.”
― Pandji Pragiwaksono
Mereka yang menciptakan perubahan, Silakan pilih perjuanganmu.”
― Pandji Pragiwaksono
0 ulasan:
Post a Comment