Sudah pasti memimpin persatuan seperti ini sungguh bukan satu kerja yang mudah, jika didalam PAS ada persoalan bagaimana menguruskan perbezaan antara aliran profesional dan ulama, bagaimana menguruskan kebajikan ahli, pembudayaan ilmu, dana yang terhad, persekitaran yang harmoni, maka didalam persatuan ini juga sama, persoalan itu perlu diterjemahkan oleh pemimpin PERMAI.
Alhamdulillah sudah tamat seminggu AGM PERMAI, bermakna sudah seminggu melepaskan jawatan exco didalam persatuan ini, semoga segala ilmu dan pengalaman yang dapat dikutip didalam persatuan ini berguna untuk masa akan datang.
Merenung gambar ini, saya percaya gambar ini benar-benar mempunyai jiwa, mampu menggamit pelbagai memori, sudah seminggu ia berdiri kemas di atas meja, reka bentuknya sengaja direka dengan warna yang pelbagai, mungkin setiap warna itu membawa kenangan yang tersendiri, suka duka sedih gelak tawa marah nakal abang kakak adik ayah emak masam manis pahit puskom pustel rendang rojak kek pulut tiramisu dan segala-galanya terukir kemas di dalam gambar tersebut.

Harapnya gambar itu akan sentiasa dapat menggamit memori
yang telah dibina, bukan sekadar portrait hiasan yang hanya digantung didinding
sahaja.
Terima kasih sudi memimpin tangan saya dan berkongsi bahu
bersama.
Team 12/13
Ahli Majlis Mesyuarat
Persatuan Mahasiswa Malaysia Irbid (PERMAI)
0 ulasan:
Post a Comment