Tanah gersang itu,
Terus menerus gersang,
Mencari setitik kedamaian,
Dahagakan kebebasan,
Dahulunya firaun dicela,
Kini ia kembali berkuasa,
Airmata darah menghujani bumi,
Kezaliman menyelimuti keamanan
Disaat kulit mereka dibakar,
Suara tangisan teresak ,
Dibawah langit pengharapan,
Aku hanya mampu melihat,
Sungguh aku malu
Buat Pejuang mesir,
Hari ini kau berjuang dibumi gersang,
Kelak kau damai di syurga indah.
14 Ogos 2013,
irbid, Jordan
0 ulasan:
Post a Comment