Monday, August 15, 2011

Ramadhan di serambi mekah

| | 0 ulasan

Bulan Ramadhan bulan penuh keberkatan, dilimpahi dengan pelbagai rahmat, Tuhan menjanjikan keampunan kepada hamba-hambanya, alangkah indahnya jika ramadhan kali ini dapat diraikan di Makkah mukaramah, tempat yang penuh barkah, pahala beribadah disana berlipat kali ganda, penuh dengan kesyahduan, melihat umat islam mengalir air mata meratapi dosa-dosa, meminta keaampunan didepan kaabah, berdoa dengan penuh khusuk, alunan ayat quran berirama dimana-mana tempat....


Namun,
Tidak semua dari kita bernasib baik, dipilih oleh Allah...
Bagi anda yang tidak bernasib baik untuk kesana, dan inginkan suasana seperti itu, hunt'studio mencadangkan agar anda berkunjung ke bumi serambi mekah di pantai timur iaitu Kelantan, InsyaAllah menjanjikan suasana ramadhan yang menarik, di serambi mekah anda akan melihat wujudnya khemah-khemah yang didirikan khas pada bulan ramadhan, keadaan ini sama seperti dimekah dan madinah , disini ia dipanggil Qaryah Ramadhan, imam terawih pula didatang khas dari mesir,  Pelbagai program sempena ramadhan diadaka , bolehlah melihat Taqwim ihya ramadhan 2011


 
 pintu gerbang ihya ramadhan di serambi mekah


ruang solat yang luas dan ber hawa dingin


Bermula selepas terawih, ayat al-quran akan dibaca oleh pelajar-pelajar hafiz daripada sekolah-sekolah tahfiz di negeri kelantan secara bergilir-gilir di qaryah ini , tidak berhenti sehingga sahur, bumi serambi mekah akan terus hidup dengan suasana al-quran di malam hari.

Makmum melimpah ruah sehingga ke luar


 
syeikh ahmad rajab al-fayummi dari mesir mengimamkan solat terawih di Qaryah Ramadhan

Semua masjid-masjid di negeri kelantan boleh dikatakan mendapat imam terawih berstatus al-hafiz kerana pusat tahfiz tumbuh dengan pesatnya di bumi serambi mekah ini, pelajar-pelajr tahfiz akan dihantar ke masjid-masjid di seluruh negeri kelantan bagi mengimamkan solat terawih, program ini dilaksanakan sudah bertahun-tahun lamanya dibawah kerajaan negeri kelantan, Jika anda sembahyang di masji-masjid besar anda akan dapat lihat imam-imam yang didatangkan khas dari timur tengah. Manakala di masjid-masjid kecil imamnya anak muda kelantan yang menghafal al-quran.

Orang ramai sentiasa penuh ketika berbuka

Kelantan juga kaya dengan pelbagai masakan dan kuih mueh, tidak hairanlah bazar ramadhan sangat dinantikan oleh orang ramai, keadaanya seolah-olah seperti syurga makanan, kedudukannya juga berdekatan dengan Qaryah ramadan,

Mubarak Cafe : Cafe yang dibina dengan bercirikan khemah , bersebelahan Qaryah ramadhan...

Landskap dibina diluar khemah bagi menhidupkan suasana

Santapan rohani sentiasa ada
tidak hairanlah lelaki tertinggi didunia dari Punjab Pakistan, Ijaz Ahmed, 28 ini singgah juga di Qaryah ramadhan ....

Bagi anda yang masih tidak merasai suasana ramadhan di serambi mekah, 
datanglah segera,kerana ia diantara tempat pelancongan yang terbaik dibulan ramdhan ini,

Melancong sambil beramal,
beramal kena ada perasaan,
baru nikmat......

0 ulasan:

 
Twitter Facebook Tumblr