Wednesday, November 2, 2011

Bunga itu menguntum indah

| | 0 ulasan

Assalamualaikum, bicara seorang muslim.
Alhamdulillah, bersyukurnya seorang muslim,
kerana hunt'studio seorang muslim,
yang akan menyambung pengajian dibumi orang muslim,

Ingatlah sahabat…
Bunga itu menguntum indah,
Menyeri dan mekar memerah,
Dipuji dengan berbagai-bagai madah,
Esoknya bunga itu gugur ke tanah,
Serpih demi serpih ia punah,
Tanpa daun dan kelopaknya musnah.....

selesai sudah khursus bahasa dan program mahasisiwa luar negara,
sekarang hanya menatapi tarikh keramat 11september sambil menatapi wajah2 insan yang tersayang, tarikh yang benar-benar keramat, jika dahulu ramai orang terpisah dengan insan yang tersayang pada tarikh itu, sekarang ia mungkin berlaku lagi, 
cuma tidaklah sehebat runtunhya empayar P.W.T.C Amarica,
tetapi perpisahan untuk membina empayar yang lebih hebat daripada itu, 

InsyaAllah.
Doakan pemergian kami...
Pemergian yang diberkati........
dan Pemergian yang diredhai........
lantas Pemergian yang dirahmati........ 



Sahabatku…
Engkau bukan layu seperti bunga,
Dan aku bukan kumbang yang akan mengambil madunya,
Lambang bunga lambang sementara cuma,
Tetapi perjuangan kita tiada penghujungnya,
Daerah kita bukan daerah cinta,
Bukan masanya untuk memujuk kasih asmara,
Tiada senda gurau memanjang yang meleka,
Kerana kita dalam memperjuangkan agama.



Sahabatku..
Disini uda dan dara telah berkubur,
Kita bina atasnya jihad yang subur.



Ingatlah sahabat…
Bumi kita bumi yang payah,
Penuh peluh, air mata dan mungkin darah,
Bila kita jejak tapaknya perlu punyai wadah,
Ikuti dibelakang ulama’ supaya tak goyah,
Bila dikatakan pada mu: Perjuangan itu amat susah,
Kau katakanlah kembali: Aku mengharap hanya
keredhaan dari Allah.





Sahabatku…
Semalam telah layu sekuntum bunga,
Telah gugur dari jambangannya,
Tetapi itu bukan perjuangan kita,
Bukanlah itu sebagai lambangnya,




Mulut telah kaku untuk bertanya,
Hati malu untuk memikirkannya,
Tidak seperti dahulunya,
Kita kuat berhujah dan bersuara.




Ingatlah sahabatku..
Kerana dulu dan kini kita tetap seorang mujahid,
Yang merindukan dan memburu syahid,
Maaf kiranya tuturku yang pahit.


Senyumlah sahabat..
Senyumlah dan serilah wajah,
Walau pudar dan hambar datang tak sudah,


Belajarlah menjadi seorang mujahid dan mujahidah,
Doaku agar kita berani seperti Hamzah,
Malah punyai semangat seperti Sumaiyah.


katanya Ahli pemikir hebat, Dr. Mukrim Mustafa Syukri Al-Hafiz
"Jadilah manusia yang luar biasanya hebat"

0 ulasan:

 
Twitter Facebook Tumblr